Penantian selama sebulan penduduk dan peniaga di Kota Kemuning berhubung medan tempat letak kereta ditakungi air mengakibatkan bau busuk dan pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes akhirnya selesai.

Salah seorang wakil penduduk, Philips Chong berkata beliau mendapati pihak berwajib mula membersihkan kawasan kira-kira tengah hari tadi.
“Saya diberitahu oleh pihak kontraktor terbabit bahawa limpahan itu berpunca daripada tangki septik air melimpahdari tingkat atas medan tempat letak kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Komunitikini hari ini.
Semalam, Komunitikini melaporkan sistem saluran paip tidak diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan medan tempat letak kereta di Kota Kemuning ditakungi air di aras bawah kawasan tersebut.
Salah seorang wakil penduduk, Philips Chong mendakwa masalah itu sudah berlaku sejak sebulan lalu.

“Apa yang menjadi persoalan, masalah ini sudah berlaku dua kali, kali pertama pada tahun lepas.
“Penduduk telah letih membuat aduan namun begitu tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini, Kita tidak mahu ada nyawa melayang akibat demam denggi barulah tindakan segera diambil pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan lain,” katanya.









