RM9.7 Juta diperuntukkan untuk baikpulih pangsapuri kos rendah

RM9.7 Juta diperuntukkan untuk baikpulih pangsapuri kos rendah

Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus, ujar Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah meluluskan RM 7.7 juta untuk skim bantuan baikpulih negeri berkebajikan.

Exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata jumlah ini adalah tambahan kepada RM 2 juta yang telah diperuntukkan di dalam Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor.

Menurutnya, jumlah yang diperuntukkan adalah RM 9.7 juta di mana skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka.

“Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20.

“Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Iskandar berkata tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body-JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation–MC).

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Menurutnya, sebanyak 62 kawasan pemajuan telah ditawarkan untuk menyertai skim ini dan setakat ini 19 pemajuan telah dipilih berdasarkan peruntukan asal sebanyak RM 2 juta.

“Dengan tambahan sebanyak RM 7.7 juta, lebih banyak pemajuan akan dapat dibaikpulih dan adalah dianggarkan dengan peruntukan tambahan ini sekurang-kurangnya 70 pemajuan akan dibaikpulih,” katanya.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata bagaimanapun, JMB dan MC mestilah bersetuju kepada syarat-syarat berikut untuk menyertai skim ini iaitu hanya satu pembaikan bagi satu pemajuan, JMB, MC dan Persatuan Penduduk telah berdaftar.

Malah, menurutnya rekod kewangan yang memuaskan selama 6 bulan terdahulu, membayar 10 peratus pendahuluan terlebih dahulu dan pemajuan yang terpilih perlu menandatangani ‘aku janji’ bagi membayar baki
10 peratus.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

“Selain dari itu hanya kerja-kerja baikpulih yang kritikal seperti di bawah akan diutamakan iaitu lif, bumbung, tangki air dan pembentungan,” katanya.