36 pasukan berentap kejohanan Grand Finale Futsal Selangor

36 pasukan berentap kejohanan Grand Finale Futsal Selangor

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata kejohanan yang akan diadakan di Real Sports Arena , Teluk Pulai itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekitar jam 3 petang, Sabtu ini.

Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 12 wanita akan berentap pada Grand Finale Jelajah Futsal Selangor 2011 Sabtu ini.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata kejohanan yang akan diadakan di Real Sports Arena , Teluk Pulai itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sekitar jam 3 petang.

Menurutnya, persiapan bagi kejohanan kini memasuki fasa terakhir dan pihaknya yakin pertandingan itu bakal menjadi perhatian penduduk setempat.

“Aktiviti yang diadakan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan pembangunan generasi muda melalui kegiatan sukan.

“Malah saya jangkakan kejohanan ini akan mendapat sambutan berikutan sukan futsal kian menarik perhatian segenap lapisan masyarakat pada masa ini,” katanya.

See also  Carlsberg Golf Classic wraps up 31st edition with thrilling finale

Ikhsan berkata, MPK sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dalam setiap aktiviti sukan melibatkan golongan muda khususnya di kawasan ini.

Menurutnya,program seperti itu akan diteruskan dari masa ke semasa dan paling membanggakan,sambutan yang diterima juga di luar jangkaan terutama penyertaan daripada warga Klang.