Gerakan Selamatkan Kampung India Mengkibol (G-SKIM) akan mengadakan protes aman untuk menyelamatkan Kampung India, Batu 2, Jalan Mengkibol, Kluang, Johor yang berdekatan dengan Kuil Sri Marathadi Naagakanni pada 26 Jan 2014 (Ahad).
Kampung yang berusia 70 tahun menghadapi ancaman perobohan disebabkan projek kereta api berkembar elektrik Gemas, Johor Bahru. Penduduk Kampung India Batu 2 Mengkibol di Kluang Johor bakal kehilangan rumah setelah usaha mereka menyelamatkan kampung dipandang rendah oleh kerajaan.
Mengikut Ketua penyelaras G-Skim, Ilamaran Ramamoorthy Perbadanan Aset Kereta Api (PAK) dan Pejabat Tanah Kluang telah bertindak secara agresif mendesak dan mengugut untuk menghalau penduduk sejak tiga minggu lalu.