Simposium “Path to Peace” 2014: Kearah dunia yang bebas dari penindasan agama

KUALA LUMPUR – Simposium ini juga berhasrat untuk memantapkan usaha kebebasan dalam beragama di negara ini dengan menjadi pendokong kepada dialog dialog umum dan meningkatkan kesedaran tentang isu isu berkaitan.

Path to Peace Symposium KL 2014
Path to Peace Symposium KL 2014

Umat manusia telah melihat bagaimana tamadun dibangunkan dengan tangan kasar mereka sendiri. Mereka juga telah melihat banyak pertumpahan darah telah dilakukan semua atas nama agama.

Dunia hari ini walaupun telah mencapai kejayaan kejayaan yang membanggakan, hari demi hari manusia dapat melihat bagaimana dunia ini telah terpecah menjadi kelompok kelompok taghut yang menggunakan agama untuk kepentingan politik masing masing.

Ancaman keganasan atas nama agama juga telah menjadikan agama sebagai kambing hitam dalam pertelingkahan dan konflik mereka yang tidak sependapat.

Agama yang sepatutnya menjadi pelindung kepada mereka yang lemah dan menjadi hakim yang paling adil bagi mereka yang teraniaya sebaliknya telah dimanipulasi golongan golongan berkepentingan untuk menindas mereka yang tidak berupaya.

Sehubungan dengan itu sebuah organisasi antarabangsa Human Right Committe (HRC) International yang berpusat di kota London akan menganjurkan sebuah simposium di Kuala Lumpur pada 27hb March 2014 di Hotel Chorus yang terletak di Jalan Ampang.

See also  Human Rights Day forum advocates ethical business practices

Simposium yang diberi nama “Path to Peace” itu akan membincangkan isu isu tentang kebebasan beragama dan peranan agama sebagai pendokong kepada keamanan,toleransi dan juga harmoni.

Antara objektif simposium ini adalah untuk berusaha ke arah dunia yang bebas dari penindasan dan ketidakadilan toleransi dalam agama dan juga penindasan hak manusia sejagat.

Simposium ini juga berhasrat untuk memantapkan usaha kebebasan dalam beragama di negara ini dengan menjadi pendokong kepada dialog dialog umum dan meningkatkan kesedaran tentang isu isu berkaitan.

Antara nama terkenal yang bakal memberikan ucapan pada simposium itu adalah Dr. Ahmad Farouk Musa pengasasdan juga pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) sebuah badan pemikir dan juga gerakan intelektual Islam.

See also  Human Rights Day forum advocates ethical business practices

Dr. Ahmad Farouk adalah seorang pakar jantung dan akademik yang mendapat ilham dari pemikir dan reformis Islam.

Idea idea beliau tidak pernah lari dari kontroversi di negara ini.

Dr. Iftikhar Ayyaz dari HRC juga telah dijemput sebagai pengucap utama dalam simposium tersebut.

Dr. Iftikhar ialah pengerusi HRC yang berpusat di London.

Speaker speaker lain yang dijemput untuk memberikan ucapan pada simposium tersebut ialah Prof. Azmi Sharom dari Universiti Malaya,Dr. Kamar Oniah dari Universiti Islam Antarabangsa dan juga Khalid Jaafar dari Institut Kajian Polisi Malaysia.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.