Tiga-puluh lima ekor tenggiling dirampas di Butterworth

Tiga-puluh lima ekor tenggiling dirampas di Butterworth

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang merampas 35 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM50,000 dalam satu serbuan di Mak Mandin, Butterworth, semalam.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang merampas 35 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM50,000 dalam satu serbuan di Mak Mandin, Butterworth, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 4 pagi itu, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan ketika sedang memindahkan tenggiling berkenaan dari sebuah kereta ke sebuah kereta lain.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ketua Unit Penguatkuasaan Perhilitan negeri Khairul Nizam Yahaya berkata tenggiling itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan darat.

Beliau berkata Perhilitan turut merampas dua buah kereta jenis Toyota Camry yang telah diubah suai di bahagian but bagi memaksimumkan kapasiti muatan bertujuan menyembunyikan reptilia itu.

“Kegiatan penyeludupan hidupan liar itu semakin menjadi-jadi dan ini adalah rampasan kedua untuk tahun ini berikutan permintaan tinggi di pasaran gelap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Lelaki itu disiasat menurut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

– Bernama