Bola! Tiket Malaysia lawan Liverpool, Arsenal dan Chelsea sekarang dijual

Bola! Tiket Malaysia lawan Liverpool, Arsenal dan Chelsea sekarang dijual

Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan tiga pasukan handalan Inggeris — Liverpool,Arsenal dan Chelsea — yang akan berlangsung di sini bulan depan, mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Malaysia akan menentang Arsenal pada 13 Julai, Liverpool pada 16 Julai dan Chelsea pada 21 Julai.

Perlawanan dengan Liverpool bermula pada 5.45 petang manakala dua perlawanan lagi bermula pada 8.45 malam. Tiket berharga antara RM58 dan RM388.

— Bernama

See also  Thamaraj makes history with Silat gold in Abu Dhabi