Garis panduan makanan sihat di sekolah belum diluluskan

Garis panduan makanan sihat di sekolah belum diluluskan

Garis panduan pemakanan sihat di sekolah akan dibentang kepada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran untuk diluluskan dalam masa terdekat.

Garis panduan pemakanan sihat di sekolah akan dibentang kepada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran untuk diluluskan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran Abd Ghafar Mahmud berkata garis panduan itu kini dalam proses akhir untuk disiapkan dan beberapa mesyuarat antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran telahpun selesai.

“Insya-Allah apabila sudah siap nanti kita akan bawa kepada Timbalan Perdana Menteri untuk diluluskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Garis panduan yang turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual di kantin sekolah dihasilkan bagi memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah
kesihatan mereka, seperti masalah berlebihan berat badan.

See also  Malaysia secures championship titles at Robothon 2024

Dalam perkembangan lain, Abd Ghafar berkata masa persekolahan yang ditetapkan pada hari Jumaat adalah memadai dan tidak sepatutnya menghalang pelajar-pelajar Islam menunaikan solat Jumaat.

Beliau berkata setiap hari Jumaat, waktu pelepasan pelajar adalah 12.15 tengah hari sedangkan waktu Zohor sekitar 1.20 tengah hari, justeru masa yang ada cukup untuk mereka mempersiapkan diri.

Abd Ghafar diminta mengulas mengenai beberapa aduan daripada ibu bapa bahawa masa persekolahan pada hari Jumaat menyebabkan anak mereka tidak sempat menunaikan solat Jumaat.

– Bernama