Sebab tak pakai tali pinggang, peniaga maut tercampak keluar

Sebab tak pakai tali pinggang, peniaga maut tercampak keluar

Seorang peniaga maut apabila kereta yang ditumpanginya terbabit kemalangan jalan raya menyebabkannya tercampak keluar daripada kenderaan itu di kampung Kubang Gajah semalam.

Seorang peniaga maut apabila kereta yang ditumpanginya terbabit kemalangan jalan raya menyebabkannya tercampak keluar daripada kenderaan itu di kampung Kubang Gajah semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Mohd Nadzri Hussain berkata Chua Kok Seong, 36, yang patah tengkuk dan cedera di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta jenis Kelisa itu, Ngoi Chuan Tat, 29, cedera parah.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Kejadian berlaku kira-kira 1 petang, apabila kereta yang dipandu Ngoi hilang kawalan lalu merempuh pokok jati di bahu jalan manakala Chua yang tidak memakai tali pinggang keledar tercampak keluar.

Mohd Nadzri berkata semasa kejadian, kenderaan yang dinaiki kedua-dua lelaki itu sedang menghala Arau dari arah Kangar dan kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kenderaan dipandu laju dan keadaan jalan licin berikutan hujan lebat.

Mayat mangsa yang beralamat di Alor Setar, Kedah, itu dihantar ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan rakannya yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

– Bernama