Karnival Sarawakiana bakal menggegar Bumi Kenyalang

Karnival Sarawakiana bakal menggegar Bumi Kenyalang

Aktiviti hiburan tradisional Sarawak ‘bermukun’ yang menggabungkan tarian berpasangan, memukul gendang dan berbalas pantun, adalah antara acara pada Karnival Sarawakiana anjuran Pustaka Miri bermula 24Jun ini.

Organisasi itu dalam satu kenyataan, berkata langkah mengadakan pertandingan ‘bermukun’ tersebut adalah selaras dengan objektif karnival yang mahu mempromosikan kebudayaan dan warisan Sarawak.

“Peserta akan diadili berdasarkan suara, persembahan, pakaian dan ketepatan ketika berbalas pantun serta kesesuaian pantun yang disampaikan,” katanya.

Acara lain yang turut dirancang pada karnival tiga hari itu ialah demonstrasi penyediaan makanan tradisional, pameran kesenian, bengkel batik Sarawak, forum kebudayaan dan persembahan kebudayaan oleh kanak-kanak.

Maklumat lanjut mengenai karnival itu boledi perolehi di laman webwww.pustaka-sarawak.com.

See also  Malaysian galleries to showcase vibrant art at ART SG 2025

– Bernama