Kenapa perlu takut pada cabaran! Kembara@backpacker

Kenapa perlu takut pada cabaran! Kembara@backpacker

Bagi saya, cabaranlah yang paling di tunggu-tunggu di dalam setiap pengembaraan. Kadang-kadang kita tahu cabaran yang bakal dihadapi dan kadang-kadang ia datang tanpa memberi amaran, terus sahaja menerpa.

Kita tidak tahu apa yang bakal kita temukan dalam setiap butir coklat. Lebih tepat apakah isinya sesuai dengan selera kita atau tidak.

Namun di situlah datang seni menikmatinya, bermain dengan sesuatu yang tak pasti dan baru. Dan Ariyanto telah menikmati setiap detik perjalanan yang dilakukannya.

‘Aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengharungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari, melambung dihentam angin, mengecut dicengkam dingin.

Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh penaklukan. Aku ingin hidup! Ingin merasai sari pati hidup!’.

Petikan ini adalah dari novel ketiga tetralogi Laskar Pelangi, Edensor karya penulis novel tersohor Indonesia, Andrea Hirata.

Beliau mengatakan bahawa cabaran itulah yang dicari-carinya di sepanjang perjalanan dan cabaran itu membuatkan beliau terasa hidup.

Bagi saya, cabaranlah yang paling ditunggu-tunggu di dalam setiap pengembaraan. Kadang-kadang kita tahu cabaran yang bakal dihadapi dan kadang-kadang ia datang tanpa memberi amaran, terus sahaja menerpa.

See also  Batik Air launches inaugural Bangkok-Johor Bahru flight

Namun kita harus bersiap-sedia menghadapinya kerana setiap cabaran akan membuatkan kita menjadi lebih matang dan menjadikan jati diri kita lebih kuat. Selain itu, cabaran juga boleh menjadi pembakar semangat untuk kita terus mengembara.

Ilmu dan pengalaman berharga

Dunia ini boleh diterjemahkan sebagai sebuah ‘universiti kehidupan’. Terlalu luas dan sentiasa setia menanti manusia datang kepadanya untuk dicurahkan ilmu tentang kehidupan.

Dunia juga ibarat sebuah buku dengan halaman yang sangat tebal, dan mereka yang tidak mengembara umpama hanya membaca halaman pertama sahaja. Bagaimana dengan halaman-halaman yang lain?.

Travel atau melancong bukan hanya untuk keriangan semata-mata. Bagi saya sendiri, saya mengembara untuk membongkar rahsia tentang kehidupan.

Saya mahu mempelajari tentang sosio-budaya sesebuah komuniti di tempat yang saya kunjungi selain menghayati sejarah dan seni budaya mereka.

Travel membuatkan saya sentiasa bersyukur dengan apa yang saya miliki terutama menjadi rakyat Malaysia.

See also  Kuala Lumpur among Top 10 cities for global arrivals

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Bagaimanapun senangnya hidup di negeri orang, masih lebih senang hidup di negeri sendiri.

Jadikanlah perjalanan anda penuh bermakna, bukan pulang dengan tangan kosong dan kemudiannya segala pengalaman yang kita dapat terus dilupakan.

Manfaatkanlah segala pengalaman yang diperolehi tersebut dan jadikan perkara-perkara yang dilalui di sepanjang perjalanan anda sebagai pengajaran.

Artikel pertama dari saya untuk ruangan kembara@backpacker ini adalah sebagai pengenalan dan permulaan. Akan saya keluarkan artikel-artikel lebih khusus tentang dunia pengembaraan saya pada keluaran akan datang.

Harapan saya, artikel-artikel saya nanti bakal memberi serba sedikit inspirasi untuk anda lebih berani keluar mengembara. Tiada lain di hati saya selain niat untuk mengajak anda semua mengembara bersama meneroka dunia yang luas ciptaan tuhan.