Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) berjaya merampas tembakau seberat 6,117 kilogram bernilai RM91,755 yang diseludup dari negara jiran dalam satu operasi di Kampung Limbat awal bulan ini.
Ketua Pengarahnya Ahmad Loman berkata kes itu hasil intipan sebulan,merupakan kes yang terbesar dalam tempoh tiga tahun kerana nilai rampasan yang tinggi dalam satu operasi, berbanding dengan nilai rampasan sebanyak 149 bandelatembakau diawet di negeri ini seberat 9,588.5 kilogram sepanjang tahun lepas, bernilai RM124,504.
Beliau berkata rampasan itu dilakukan kira-kira 6 pagi 2 Jun lepas diKampung Limbat, dekat sini apabila Unit Penguatkuasa LKTN mengekori dua buah lori yang keluar dari sebuah pangkalan haram di Pasir Mas.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, pemandu dan kelindan kedua-dua lori itu melarikan diri selepas menghentikan kenderaan mereka di Kampung Limbat, katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan kakitangan LKTN semalam.
Ahmad berkata 103 bandela tembakau seberat 6,117 kilogram yang dirampas itudisyaki diseludup dari negara jiran melalui jalan darat dan tembakau itu akandicampur dengan tembakau tempatan untuk dijual bagi mengaut keuntungan lebih tinggi.
“Harga tembakau di Thailand ialah RM10 sekilogram berbanding RM15 sekilogramdi pasaran tempatan dan ia mudah diperoleh,” katanya.
– Bernama