Kerajaan Selangor akan membina lebih banyak rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini sejajar dengan komitmen kerajaan Pakatan untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan Selangor sedang mengenal pasti banyak lagi lokasi lain yang sesuai untuk pembinaan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat memiliki rumah sendiri.
“Sebanyak 124 unit pangsapuri mampu milik berharga kurang RM100,000 akan dibina atas tapak seluas empat ekar yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),” katanya pada majlis perasmian pecah tanah projek perumahan mampu milik di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, semalam.
Mengulas lanjut, Khalid berkata keutamaan untuk memiliki rumah ini akan diberikan kepada keluarga berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan , ibu tunggal dan keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan PKNS akan diarah untuk memastikan hanya mereka yang layak sahaja berpeluang memiliki rumah ini.
“Kerajaan negeri tidak mahu kelemahan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu berulang apabila orang yang berkemampuan diberi kelonggaran untuk membeli rumah murah dan menyewakan pula kepada orang lain,” katanya.









