Lebih ramai anggota polis ditempatkan di kawasan ‘panas’

SHAH ALAM – Polis akan menempatkan lebih ramai anggotanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘panas’ jenayah ragut susulan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

130614PolisAwareness3

Polis akan menempatkan lebih ramai anggotanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘panas’ jenayah ragut susulan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman Datuk Ayub Yaakob berkata walaupun indeks jenayah keseluruhan menurun 11.4 peratus bagi lima bulan pertama tahun ini, jenayah ragut meningkat 23.4 peratus.

“Biarpun sudah ada anggota kita tempatkan di kawasan ‘hotspot’, kita akan tambah lebih ramai lagi untuk memantau pergerakan peragut dan keselamatan tempat awam seterusnya membanteras kegiatan itu daripada terus berleluasa,” katanya
kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini. Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

See also  Youth-led initiative raises over RM21,000 for vulnerable children

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Avatar photo

Kavinesh Moghan