Sabah Future Alam Borneo (FAB) baru-baru ini telah menganjurkan perlumbaan perahu naga sebagai tanda pelancaran kempen meningkatan kesedaran tahap kualiti air di Teluk Bandar pantai timur tersebut.
Perlumbaan yang mengambil tempat di perairan Kampung Pukat itu telah disertai oleh kira-kira 40 orang dengan menggunakan bot yang dipinjamkan oleh Persatuan Tongkang dan Chung Hwa.
Pengerusi FAB Anton Ngui berkata, perlumbaan itu turut bertujuan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kebersihan bagi sektor perikanan dan rekreasi.
“Mereka yang hadir mengalami banyak keseronokan dan ramai daripada mereka baru belajar mendayung perahu naga untuk pertama kalinya serta melihat bandar Sandakan dari laut,” ujar Anton.
“Walaubagaimanapun, kami juga telah melihat keburukan di mana terdapat sejumlah besar cebisan sampah di tepi pantai. Salah satu bot yang dipinjam telah berakhir dengan lubang di badan disebabkan sampah-sampah ini,” kata Anton dalam suatu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Beliau juga menyatakan bahawa FAB merancang untuk menjalankan lebih banyak aktiviti pada masa akan datang sebagai usaha bagi meningkatkan lagi kesedaran akan kepentingan mengekalkan kebersihan teluk bagi kebaikan semua.
FAB adalah persatuan yang tidak bersandarkan kepada keuntungan tetapi bertujuan untuk membina hubungan, landasan dan peluang untuk mempamerkan potensi ekologi Borneo yang luas melalui muzik, sukan, seni, reka bentuk seni bina, dan banyak lagi.
FAB akan turut menganjurkan Pesta Irama Rimba Hidupan Liar Borneo pada bulan Oktober akan datang.