Program komuniti sempena Hari Peringatan Sedunia di Papar

PAPAR – Program tersebut telah diadakan di Rumah Anak Yatim (RAY) As-Sakinah Kinarut Papar dan Rumah Orang Tua, dan dikelola oleh Pasukan Pandu Puteri dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya.

Rumah Anak Yatim (RAY) As-Sakinah Kinarut Papar dan Rumah Orang Tua 1
Satu program komuniti telah diadakan sempena Hari Peringatan Sedunia 2014 di Purak, Papar baru-baru ini.

Program tersebut telah diadakan di Rumah Anak Yatim (RAY) As-Sakinah Kinarut Papar dan Rumah Orang Tua, dan dikelola oleh Pasukan Pandu Puteri dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya.

Program terse but berlandaskan tema Hari Peringatan Sedunia iaitu ‘Education opens doors for girls and boys’.

Rumah Anak Yatim (RAY) As-Sakinah Kinarut Papar dan Rumah Orang Tua 3
Pengerusi Program Fiona Felicity mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Pengarah IPG Kampus Gaya, dan semua warga IPG Gaya yang telah memberi sokongan penuh dalam menjayakan lawatan amal tersebut.

Menurut beliau, matlamat dan objektif program ini adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam khidmat komuniti khususnya di luar institut selain daripada memberi pendedahan kepada ahli-ahli Pandu Puteri Kadet terhadap golongan-golongan kurang bernasib baik.

See also  CTOS donates RM30Kto boost education equity

Rumah Anak Yatim (RAY) As-Sakinah Kinarut Papar dan Rumah Orang Tua 2

“Ia juga memberi inspirasi, motivasi dan kesedaran akan kepentingan pendidikan sepanjang hayat terhadap golongan kurang bernasib baik agar lebih maju dalam kehidupan. Ia juga adalah suatu dorongan dan semangat kepada mereka untuklebih menghargai kehidupan,” ujar beliau.

Lawatan mereka turut diraikan oleh Pengurus RAY As-Sakinah Siti Nornadia Rusli, Pengurus Home Holy Family Residence Sister Clara Juitah Orou dan komuniti di kedua-dua tempat tersebut.

Gary Louis Supi