MPK: Kesejahteraan penduduk diberi keutamaan

MPK: Kesejahteraan penduduk diberi keutamaan

Beberapa isu melibatkan kesejahteraan setempat menjadi perhatian dalam ‘Pre Council’ yang diadakan di dewan mesyuarat Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Beberapa isu melibatkan kesejahteraan setempat menjadi perhatian dalam ‘Pre Council’ yang diadakan di dewan mesyuarat di Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata,antara isu itu ialah tindakan agresif akan dijalankan terhadap peniaga asing khususnya di kawasan Meru.

Menurutnya, majlis juga menetapkan untuk menutup sementara Jalan Raja Hassan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dari Isnin hingga Jumaat.

“Selain daripada itu, kesemua dewan di bawah seliaan majlis perlu dipasang lambang MPK bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan majlis kelak.

“Malah isu berkaitan kebersihan juga turut menjadi perhatian dengan beberapa program keceriaan akan diadakan kelak,” katanya.

See also  BIG CARiNG launches “Ribbon of Hope” support program

Norfiza berkata, status gerai di Jalan Kepayang juga diberi perhatian di mana notis telah diberikan kepada pengusaha dan majlis juga akan mendapatkan kerjasama daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk tujuan itu.