Kepada mereka berpeluang melancong ke destinasi idaman pastinya membuatkan anda teruja.Percutian sama ada di dalam atau luar negara, pilihannya terletak pada tangan anda. Tepuk dada, tanya kemampuan.
Tetapi, sebelum memulakan kembara ke mana-mana destinasi, ada eloknya anda merancang terlebih dahulu. Lengkapkan persediaan anda termasuk mengetahui nilai tukaran wang, waktu dunia, cuaca dan tidak kurang penting jarak ke destinasi yang ingin dituju.

Tips Sebelum Melancong
1) Pilih untuk melancong pada hari biasa (bukan hari minggu).
Langkah bijak buat anda yang mahu pergi melancong dengan memilih hari biasa berbanding hari minggu. Banyak sebab hal ini perlu dititik beratkan. Pertama sekali tentunya kos yang lebih jimat berbanding hari minggu.
Di hari minggu kebanyakan pusat peranginan mahupun tempat tumpuan pelancong akan dibanjiri ribuan pengunjung termasuk juga tempat penginapan.Waktu ini caj yang dikenakan untuk sebuah bilik adalah lebih mahal berbanding dengan harga biasa.
2) Buat kajian (survey) tempat yang bakal dilawati.

Jalan paling mudah adalah menerusi internet.Semua maklumat boleh anda perolehi hanya di hujung jari sahaja. Pelbagai maklumat berguna boleh anda dapatkan di sini.
3) Gunakan khidmat agensi pelancongan.
Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong.
Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu atau membuang waktu untuk mencari tempat yang anda kurang arif tentangnya.Percutian anda akan lebih bermakna dengan agensi ini kerana jadual anda pasti padat dengan aktiviti menarik.
4) Jangan pakai perhiasan yang mahal.
Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakkan sama sekali. Bercuti bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki. Bimbang pula saat suka berganti duka nanti.
Sebaiknya simpanlah barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin. Takut juga hiasan anda akan jadi tumpuan si pencuri.
5) Tukar mata wang sebelum bertolak.

Ini bagi mengelakkan masalah mencari tempat tukaran wang ketika berada di luar negara.
Jika sudah sampai di sana bimbang kelam kabut pula atau mungkin membazir waktu bagi mencari lokasi tempat tukaran wang berhampiran.









