Peruntukan atasi banjir di Sabah

Peruntukan atasi banjir di Sabah

Kerajaan negeri Sabah sudah menghantar permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan untuk menangani masalah banjir yang kerap melanda kawasan Merotai.

TAWAU – Kerajaan negeri Sabah sudah menghantar permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan untuk menangani masalah banjir yang kerap melanda kawasan Merotai.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Pang Yuk Ming berkata satu kertas kerja berhubung masalah itu yang disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran turut dikemukakan bagi menyokong permohonan itu.

“Peruntukan itu diperlukan untuk membaiki sistem perparitan dan membersihkan sungai. Kos penyelenggaraan termasuk membaiki jalan rosak akibat banjir dianggar RM20 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Pesta Kaamatan di sini awal minggu ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Merotai berkata bagi lima bulan pertama tahun ini sahaja kawasan Merotai sudah lima kali dilanda banjir yang mengakibatkan banyak kerosakan harta benda termasuk tanaman dan jalan raya.