Masalah parkir Klinik Luyang bakal selesai

LUYANG – Masalah parkir kereta di kawasan Klinik Kesihatan Luyang yang timbul sejak 10 tahun yang lalu bakal reda dengan pembinaan 20 lot tambahan.

Poliklinik Luyang Parking Problem Kota Kinabalu 1
Masalah parkir kereta di kawasan Klinik Kesihatan Luyang yang timbul sejak 10 tahun yang lalu bakal reda dengan pembinaan 20 lot tambahan.

Tinjauan Citizen Journalists Malaysia (CJ.MY) mendapati bahawa kerja-kerja pembinaan sedang giat dilakukan.

Sebelum ini kawasan lot tambahan parkir ini adalah laluan pejalan kaki.

Sebahagian besar daripada laluan tersebut kini telah ditutup untuk kerja-kerja penambahan lot parkir tersebut.

Poliklinik Luyang Parking Problem Kota Kinabalu 2

Sebelum ini, pesakit dan pengiring mereka sering merungut mengenai masalah mendapatkan lot parkir kereta apabila mengunjungi klinik tersebut.

Malah terdapat juga insiden apabila pengunjung klinik kesihatan tersebut menerima kompaun daripada pihak berkuasa kerana meletak kereta di tempat yang tidak dibenarkan.

Adun Luyang Hiew King Cheu ketika dihubungi berkata, kerja-kerja sedang giat dijalankan dan ianya akan menyelesaikan masalah meletak kereta secara haram apabila ianya siap.

“Akan ada lebih banyak lagi lot-lot meletak kereta yang akan dibina berdekatan untuk menyelesaikan masalah tempat letak kereta yang dihadapi oleh pelawat, dan para pesakit luar pada waktu puncak,” ujar Hiew.

Hiew juga menyatakan bahawa lot parkir tambahan lain juga akan dibina dalam masa yang terdekat.

“Peruntukkan yang perlu telah dipohon, dan ianya sedang proses untuk diluluskan,” kata Hiew.

 

________________________________

All news posted on this website are written by Malaysians from all walks of life who are trained by Citizen Journalist Malaysia. If you are passionate about writing, photography or  video storytelling and would like to contribute your articles, photographs or videos of events that is happening in your community, please (CLICK HERE)

________________________________

For more updates, please like us on Facebook

Gary Louis Supi