Chung Hwa Tamparuli johan ‘Choral Speaking’ peringkat daerah

TUARAN – Sekolah Chung Hwa dari Tamparuli yang diwakili olehi 35 orang murid berjaya menewaskan 11 sekolah rendah yang lain untuk memenangi pertandingan tersebut.

Choral Speaking Tamparuli School
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Tamparuli telah memenangi pertandingan ‘Choral Speaking’ bagi peringkat sekolah rendah Daerah Tuaran, yang diadakan di Dewan SDA di sini baru-baru ini.
Chung Hwa Tamparuli telah mempersembahkan ‘Fairy Tale-Our Childhood Companion’.
Sekolah tersebut, yang diwakili seramai 35 orang murid, telah menewaskan 11 buah sekolah rendah yang lain untuk memenangi pertandingan tersebu.
Mereka juga telah memenangi anugerah Kondukter Terbaik melalui pelajar bernama Vivien Chin.
Guru Besar sekolah Puan Lee Ming Hiong mengucapkan tahniah kepada pasukan pemenang serta terima kasih beliau kepada guru-guru yang memimpin dan melatih pasukan itu, Cikgu Flora dan Cikgu Elmi Lo atas usaha gigih mereka.
Kemenangan pada tahun ini menurut Lee merupakan suatu peningkatan berbanding tahun lepas di mana mereka hanya berjaya menjadi naib-johan.
Pertandingan tahun ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tuaran dan SK St John Tuaran.
See also  Penang set to host 'Leela Jhansi': A poignant exploration of child marriage

Gary Louis Supi