Isu tanah: Enam keluarga Kg Kerandang jumpa MB Selangor

Isu tanah: Enam keluarga Kg Kerandang jumpa MB Selangor

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perjumpaan ini akan diadakan di pejabat menteri besar, jam 12 tengah hari esok di mana dihadiri pegawai daerah dan Jabatan Hutan Negeri Selangor.

Gambar malaysiazoom.com

 

Satu perjumpaan akan diadakan dengan enam keluarga menetap atas tanah pendudukan sementara (TOL) di kampung Kerandang di Hulu Selangor bagi memastikan isu ini diselesaikan dengan cara berhemah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perjumpaan ini akan diadakan di pejabat menteri besar, jam 12 tengah hari esok di mana dihadiri pegawai daerah dan Jabatan Hutan Negeri Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik untuk membantu penduduk supaya mereka tidak dipinggirkan termasuk kemungkinan memberikan mereka tanah TOL ini walaupun ia termasuk tanah rezab Hutan Simpan Bukit Tarek.

“Semakan yang dibuat juga mendapati hanya enam keluarga yang menetap atas tanah TOL ini dan dakwaan yang mengatakan lebih 100 keluarga tinggal di kampung ini adalah kurang tepat,” katanya kepada pemberita di bangunan (SUK) Sultan Idris Shah, Shah Alam.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Semalam, semasa menghadiri sesi dialog dengan pembeli-pembeli rumah projek Alam Perdana di Stadium Tertutup di Kuala Selangor, menteri besar itu berkata kira-kira 1,000 ekar Hutan Simpan Bukit Tarek telah diasingkan dan diberikan sebagai tanah TOL di bawah kerajaan terdahulu.

Menurutnya, kerajaan negeri mendapati bahawa tanah TOL ini dikeluarkan untuk tanaman kontan, kelapa sawit bukan tanaman kontan dan perlu menyiasat bagi mengenal pasti siapa yang menerima tanah TOL ini.

“Saya mengarahkan mereka yang secara tidak sengaja membeli tanah di Kampung Kerandang supaya mendaftar di Pejabat Tanah dan Galian kerana urusniaga ini mungkin menyalahi undang-undang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata, kerajaan negeri sedang mengemas kini senarai nama mereka yang telah memohon pemilikan tanah.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Ditanya sama ada enam keluarga akan mendapat tapak rumah dan tanah pertanian diusahakan, Khalid berkata, kedua-duanya termasuk sekali.

“Senarai nama ini akan dipaparkan di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor untuk disemak oleh orang ramai,” katanya.