KHS rai pelajar cemerlang PMR dan SPM

KHS rai pelajar cemerlang PMR dan SPM

Seramai 19 pelajar cemerlang menerima sumbangan pada Majlis Kecemerlangan Pelajar Kelab Harmoni Selangor (KHS) yang diadakan di Hotel De Palma di sini.

 

Seramai 19 pelajar cemerlang menerima sumbangan pada Majlis Kecemerlangan Pelajar Kelab Harmoni Selangor (KHS) yang diadakan di Hotel De Palma, baru-baru ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Presiden KHS Dr V. Sunder berkata, majlis itu merupakan antara program pendidikan yang sentiasa menjadi agenda utama kelab berkenaan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat khususnya di kawasan ini.

Menurutnya, majlis itu juga merupakan pengiktirafan kepada mereka (pelajar) selepas berhempas pulas mengulangkaji pelajaran seterusnya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki sebelum ini.

“7 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 12 bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menerima sumbangan bagi program kali kedua ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment

“Sumbangan yang diberikan secara tidak langsung akan menyuntik semangat para pelajar untuk lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis yang sama, kelab tersebut turut memberi sijil dan penghargaan kepada ahli jawatankuasa kelab yang telah memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Sunder berkata, beliau gembira kerana kelab itu kini semakin dikenali ramai berikutan penglibatan aktif KHS dalam pelbagai aktiviti antaranya kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan tanpa mengira kaum, agama serta bangsa.

Hadir sama ialah Penaung KHS,Tan Sri Dr Abu Hassan Omar,tetamu jemputan dan ibu bapa serta pelajar yang terlibat.