Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan bahan sejarah menarik pada pameran khas sempena sambutan Hari Muzium
Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di perkarangan Muzium Negeri Sembilan mulai esok sehingga Ahad ini.
Kurator Muzium Negeri Aziz Mohd Gorip berkata pameran khas yang bertema Muzium dan Kenangan itu disertai 21 muzium di seluruh negara.
“Pameran khas itu dibuka secara percuma kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Katanya pameran khas itu menampilkan kepelbagaian konsep pameran, artifak atau koleksi, dan aktiviti di muzium itu dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah yang menawarkan beberapa hadiah menarik kepada pengunjung.
– Bernama