Surat: Isu Kenaikan Harga RON 95

Surat: Isu Kenaikan Harga RON 95

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) gusar dengan kenyataan YB Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95.

Image by sqback

Oleh Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) gusar dengan kenyataan YB Menteri  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95.

Ini kerana usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan Kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.

Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan Kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember tahun lalu.

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi seperti di atas disamping tindakan bagi meningkatkan nilai (unlock the value) aset dan sumber pendapatan negara di terokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka.

Pada masa yang sama, Pemuda UMNO ingin menegaskan bahawa sungguhpun statistik terkini bagi harga barangan pengguna menunjukkan kadar inflasi 3.0 peratus pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun perinciannya menunjukkan bahawa barangan makanan bukan alkohol mencatat kenaikan yang lebih tinggi iaitu 4.7 peratus. Selanjutnya, jika diteliti kepada pecahan kecil bagi barangan makanan bukan alkohol ini, daging mencatat kenaikan 7.6 peratus, susu dan telur 7.9 peratus, sayur-sayuran 11.4 peratus, gula, jem dan barangan manisan 10.9 peratus, buah-buahan 6.8 peratus dan ikan serta hasil laut 3.8 peratus – yang mana kesemuanya melampaui kadar purata inflasi 3.0 peratus yang dicatatkan.

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Malahan dalam isu ini, Asian Development Bank juga telah membuat kenyataan pada akhir bulan lalu bahawa sepanjang dua bulan pertama tahun ini sahaja, harga bagi barangan makanan dunia telah meningkat sebanyak 30 peratus dan dijangka akan berterusan.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON 95 dan menyeru agar tindakan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua.