Pengaruh kumpulan muzik khususnya mereka yang memainkan lagu-lagu yang mempunyai genre muzik rancak dan bertenaga seperti Rock Retro mula mendapat tempat di hati peminat terutama di kalangan generasi muda.
Pemain drum The Lizard, Mohd Faiz Anuar berkata genre Rock Retro juga menjadi pilihan kumpulan yang ditubuhkan sejak 2007 itu bersama Mohd Hafiz Mohamed Khasbi (penyanyi),Yajid Ali (bass) dan pemain gitar, Shahril Saruji.
Menurutnya, kejayaan menjuarai Band Idol 2011 Majlis Perbandaran Klang (MPK) seterusnya melayakkan kumpulan itu ke peringkat akhir adalah bukti genre itu begitu berpengaruh dalam industri muzik terkini.
“Kami bersyukur kerana berjaya memenangi pertandingan ini dan ia merupakan hasil kerja keras kami selama ini dalam memperjuangakn irama Rock Retro kepada peminat.
“Malah langkah MPK mengadakan pertandingan ini juga harus dipuji kerana ia menjadi tapak kepada bakat-bakat baru untuk mengembangkan bakat yang sedia ada ke peringkat yang lebih tinggi kelak”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyertai Pertandingan Band Idol 2011 yang diadakan di Dataran Seni,di sini.
Sementara itu, pengarah komunikasi dan pengaduan Aawam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pertandingan berkenaan hanya mengambil penyertaan untuk lima kumpulan kugiran secara bulanan untuk pemilihan ke peringkat akhir.
Menurutnya,sambutan yang diterima di luar jangkaan dan bagi mereka yang berminat untuk menyertainya, boleh menghubungi Roshayati Abdul Rahim di talian 03 33716044 sambungan 1234/1015, 019220 7671, faks 03 33720875 atau [email protected].