Kumpulan pertama rakyat Malaysia tiba dari Libya

Kumpulan pertama rakyat Malaysia tiba dari Libya

Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 98 orang tiba dari Libya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pagi ini.

Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 98 orang tiba dari Libya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pagi ini.

Mereka tiba pada 6.25 pagi menerusi pesawat komersial Penerbangan Malaysia (MAS) MH 015.

Yang turut menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air ekoran krisis yang sedang berlaku di Libya.

Riot kemudiannya memberitahu pemberita dua orang daripada kumpulan tersebut adalah pelajar yang menuntut di Universiti Dakwah Islamiah Libya, enam orang pegawai kedutaan dan selebihnya para pekerja di Libya.

Kementerian Luar masih belum dapat mengesan tiga lagi rakyat Malaysia yang berkerja di Libya, katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kita dalam usaha mencari dan menghubungi mereka. Kita tidak dapat mencari lokasi mereka sekarang. Kita tahu bahawa mereka masih berada di Libya berdasarkan laporan yang diberikan oleh ahli keluarga mereka. Tetapi di mana mereka berada, kita masih tidak tahu,” katanya.

Riot berkata kumpulan kedua yang terdiri daripada 32 rakyat Malaysia yang kini berada di Rome, Itali akan tiba Rabu ini.

– Bernama