Lebuh raya SMART akan ditutup kepada semua kenderaan mulai pukul 11 malam esok hingga 6 pagi keesokan harinya untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.
Menurut kenyataan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd, pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188 untuk mengajukan sebarang pertanyaan berhubung penutupan itu.
SMART adalah terowong dwifungsi yang menyediakan penyelesaian kepada masalah banjir dan kesesakan lalu lintas di bandar raya ini.
-Bernama