Cawangan kedua Pusat Khidmat Rakyat Taman Medan mula beroperasi

Cawangan kedua Pusat Khidmat Rakyat Taman Medan mula beroperasi

Sejajar dengan kehendak dan keperluan penduduk setempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan melancarkan pembukaan cawangan kedua Pusat Khidmat Rakyat baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha berkata fungsi utama pembukaan pusat khidmat masyarakat untuk memudahkan warga komuniti setempat berurusan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, berbekalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diterajui dengan tiga program utama, TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor), Mesra Usia Emas (MUE), dan Hadiah ke IPT segala urusan dan maklumat boleh diperolehi melalui pusat khidmat ini.

Selain merasmikan pusat khidmat rakyat kedua, majlis yang diadakan ini juga bertujuan untuk menyampaikan manfaat khairat kematian Skim Mesra Usia Emas Fasa 2,” katanya kepada Komunitikini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Haniza yang juga merangkap Timbalan Speaker DUN Selangor berkata, walaupun jumlah bantuan sumbangan RM2,500 yang diberikan tidak begitu besar dan lumayan.

Menurutnya, bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga arwah dan mendiang sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat negeri ini.

“Saya berharap dengan pembukaan pusat khidmat rakyat ini secara tidak langsung dapat menyelesaikan segala permasalahan dihadapi rakyat di DUN Taman Medan selama ini,” ujarnya.