Peringatan sekali lagi kepada pengguna bekalan air yang masih tidak menjelaskan bayaran bil, anda diminta untuk membayar bil air dengan segera ekoran daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan melancarkan operasi memotong bekalan air mulai esok.
Selain bekalan air dipotong, pengguna terbabit juga dikenakan caj RM50 bagi kos pemotongan selain dikenakan bayaran untuk penyambungan semula.
Kawasan yang terlibat ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat.
Antara sekitar kawasan yang akan dikenakan tindakan oleh pihak SYABAS ialah:
KUALA LUMPUR – Kampung Pandan, Desa Pandan, Jalan Cochrane, Sri Angsana
Hilir, Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Dagang, Taman Nirwana, Taman Maluri, Taman Cheras Indah, Taman Komersial, Pandan Mewah, Taman Mawar, Taman Kencana,
Taman Mega, Taman Muda, Taman Melor, Bukit Permai, Taman Pertama, Taman Putra, Taman Bukit Teratai, Taman Saga,Taman Seraya, Taman Shamelin, Taman Miharja,Taman Rajawali, Taman Ikan Emas, Kampung Cheras Baru,Taman Tenaga, Desa Aman,
Taman Bukit Pandan, Taman Mutiara, Taman Bahtera, Taman Cheras, Taman Billion, Taman Rakyat, Taman Segar, Alam Jaya, Taman Sunway, Cheras Awana, Taman Mudun,
Taman Mulia, Taman Bukit Hijau, Desa Bukit Cahaya, Alam Damai dan Cheras Utama.
GOMBAK dan HULU SELANGOR – Tasik Puteri, Kundang, Sungai Choh, Serendah, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Kerling/Kalumpang, Hulu Bernam, Sungai Tengi, Sungai Selisek, Sungai Dusun, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto.
sumber: BERNAMA