Penjaja gesa pihak berwajib sediakan tempat perlindungan

Penjaja gesa pihak berwajib sediakan tempat perlindungan

Penjaja pasar lambak berkata bahawa keadaan cuaca menyebabkan pelanggan merungut dan lebih senang pergi ke pusat membeli-belah.

P08-06-10_12.34[1]

Kira-kira 138 penjaja pasar lambak SS2/62 menggesa pihak berwajib menyediakan satu tempat perlindungan berbumbung  di kawasan tersebut.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Salah seorang ahli jawatankuasa penjaja, Leng Chin Huat ketika ditemui Komunitikini memberitahu faktor cuaca yang tidak menentu menjadi masalah utama yang menganggu penjaja sejak beroperasi kira-kira 30 tahun lalu.

P02-06-10_15.26

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, musim hujan tiba dalam keadaan tidak menentu menjejaskan perniagaan dan pendapatan peniaga.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Apabila hujan turun, kami terpaksa berhenti meniaga dan keadaan ini berlaku pada akhir tahun semasa musim perayaan iaitu Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina,”katanya.

Sementara itu,salah seorang penjaja pasar lambak, Khiew Yoon Chin turut menceritakan masalah yang dihadapi di kawasan itu.

See also  GE Aerospace volunteers remove 142kg of waste from Bagan Lalang

Menurutnya, akibat cuaca terlalu panas dan terik, ramai pelanggan lebih suka membeli belah di pasaraya yang berhawa dingin.

“Malah saya menerima rungutan daripada pelanggan mahu kami membina tempat perlindungan berbumbung di pasar ini.

“Kami terpaksa membatalkan hasrat tersebut memandangkan kos membina tempat perlindungan terlalu tinggi,”katanya.

Difahamkan, pasar lambak SS2/62 menarik minat pengunjung komuniti Petaling Jaya kerana menjual pelbagai jenis barangan keperluan asas berbanding pasar yang lain di mana ia terletak bersebelahan dengan gerai makan berbumbung

P08-06-10_12.36

Pembinaan tempat perlindungan berbumbung sudah pasti akan memberikan keselesaan kepada orang ramai sekali gus dapat merancakkan ekonomi peniaga.