Pelancaran perpustakaan awam Taman Medan 31 Mei

Pelancaran perpustakaan awam Taman Medan 31 Mei

Perpustakaan Awam Taman Medan akan dilancarkan pada 31 Mei ini dalam usaha menggalakan tabiat suka membaca di kalangan masyarakat.

Perpustakaan Awam Taman Medan akan dilancarkan pada 31 Mei ini dalam usaha menggalakan tabiat suka membaca di kalangan masyarakat.

Adun Haniza Mohamed Talha berkata, dengan adanya perpustakaan awam ini dapat memupuk budaya membaca di kalangan penduduk serta memberi pendedahan ilmu yang berguna kepada masyarakat.

Menurutnya, di samping itu,  ia sebagai menyahut hasrat kerajaan dalam kempen membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

“Perpustakaan awam yang bakal beroperasi  mempunyai kafe dan perkhidmatan jalur lebar wi-fi  24 jam dengan konsep tersendiri mampu menampung sebanyak 40,000 naskah buku.

“Perpustakaan ini bagi kegunaan penduduk sekitar Taman Medan khususnya di mana lokasinya bertempat di  PJS 3/32,”katanya.

See also  APU and apoQlar to transform XR healthcare education

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Pelancaran Perpustakaan Awam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dengan Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor baru-baru ini.

Ujarnya, mereka yang berminat untuk mendapatkan bahan bacaan boleh mendaftarkan diri  untuk meminjam tanpa mengira umur dan latar belakang.

“Secara tidak langsung, pelajar sekolah dapat melakukan ulang kaji dan menambah ilmu pengetahuan sekali gus menyahut hasrat kerajaan dalam usaha merancakkan kembali kempen membaca,” katanya.