SMK Pantai, Labuan anjur majlis amal

LABUAN – Majlis tersebut telah dimeriahkan oleh persembahan kebudayaan dari pelajar SMK Pantai dan artis jemputan, Green Fire.

Para dermawan bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Labuan

 

Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, telah menganjurkan satu majlis makan malam amal pada hari Sabtu lalu.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ahli parliment Labuan, Yusuf Mahal.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurut Ebno Hj. Suhaili, “Penganjuran program ini adalah untuk menambah tabung kewangan PIBG bagi nmembantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan bagi menjamin kecemerlangan pelajar”.

Tambah beliau selaku Yang diPertua PIBG SMK Pantai, “Acara ini sahaja telah berjaya mengumpul dana hampir RM30 ribu.”

Pihak persendirian dan swasta telah menghulurkan derma dengan pembelian meja makan pada malam tersebut.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Yusuf Mahal juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan sebanyak RM 5,000.00 pada malam tersebut.

Manakala pada ucapan penghargaan dari Pengetua SMK Pantai, Yusuf Mohamad, beliau berasa cukup teruja dengan sokongan dari pelbagai pihak yang menghulurkan derma dan kerjasama yang baik dari PIBG sehingga menjadi kenyataan akan acara ini.

SMK Pantai juga telah dicalonkan sebagai Sekolah Kecemerlangan Kluster menjelang tahun 2013 melalui kebintaraan seni tari dan mata pelajaran sains.

Majlis tersebut telah dimeriahkan oleh persembahan kebudayaan dari pelajar SMK Pantai sendiri dan juga artis jemputan kumpulan “Green Fire”.

Selain penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang cabutan tiket bertuah juga diadakan. 

Acara lelongan hasil kerja tangan pelajar SMK Pantai juga telah meningkatkan hasil tabung persatuan ini pada malam tersebut.

 


Ridzuan