Kanak-kanak mati jatuh dalam lubang

Kanak-kanak mati jatuh dalam lubang

Kota Kinabalu : Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun mati lemas selepas dia terjatuh ke dalam luring (manhole) sedalam 15 kaki di batu 7 dekat kolombong,Inanam pada Ahad.

Chua Mui Chee,30 berkata anaknya itu, Chua Soon Lee sedang berjalan di belakangnya apabila dia tergelincir dan termasuk ke dalam luring itu yang tidak mempunyai penutup.

Dia berkata Soon Lee menjerit meminta tolong dan ternampak Soon Lee Bergelut di dalam air di dalam lurang itu.

Menurut Mui Chee, dia dan anaknya itu menaiki bas di kokol, Mengatal pada jam 9 pagi untuk melawat kakaknya di Kolombong.

Mereka pulang pada sekitar jam 3 petang dengan berjalan kaki, katanya.

See also  Sarawak Museum reclaims Kenyah Badeng Sunhat seized by British

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut talh menghubungi Jabatan Bomba dan penyelamat. Anggota Bomba Berjaya mengeluarkan mayat mangsa setelah menyedut keluar air di dalam lurang tersebut.

Jeffery George