MTUC: Hilang keyakinan terhadap Menteri Sumber Manusia

MTUC: Hilang keyakinan terhadap Menteri Sumber Manusia

MTUC berasa amat terkilan dengan sikap Menteri yang gagal memberi perhatian serius terhadap bahayanya pindaan Akta Kerja 1955

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

MTUC hari ini 28hb Februari 2012 telah mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat MTUC bagi meluahkan rasa hilang kepercayaan terhadap Menteri Sumber Manusia Dato Dr S.Subramaniam.

MTUC berasa amat terkilan dengan sikap Menteri yang gagal memberi perhatian serius terhadap bahayanya pindaan Akta Kerja 1955 walaupun telah dimaklumkan oleh MTUC dalam beberapa mesyuarat bersama pegawai-pegawai dan juga dengan Menteri sendiri.

Mengikut Presiden MTUC Khalid Atan, ahli majlis  Jawatankuasa Eksekutif MTUC yang bersidang pada 17 Februari telah memutuskan dan membuat ketetapan hilang keyakinan terhadap Dato Subramanian selaku Menteri Sumber Manusia.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Mengikutnya juga pindaan akta kerja terutama berkaitan ‘contractor for labour’ yang mengikut pandangan MTUC akan menamatkan penjawatan pekerjaan secara tetap(permanent employment) kepada informal di Negara ini. Di samping itu akan memutuskan hubungan terus antara majikan dengan pekerja. Lantas operasi syarikat dijalankan melalui sistem orang tengah atau perantaraan. Malah tiada jaminan keselamatan pekerjaan akan wujud dengan pindaan ini.

Antara perkara-perkara lain yang menjadi pertikaian kepada MTUC ialah:

  • Pertikaian “National Union of Bank Employees”(NUBE) dengan  membenarkan pendaftaran Kesatuan dalaman Maybank Non Executive Employees Union;

  • Pemecatan Naib Presiden dan Bendahari NUBE oleh Maybank (Union Busting)

  • FTA di antara Malaysia dan Kesatuan Eropah dan Amerika

  • Penggunaan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) dalam skim bantuan.

Disamping itu MTUC hari ini telah memutuskan akan menutup atau memindahkan segala wang yang dilabur dalam Maybank kedalam bank yang lebih memberi keutamaan dan menjaga kebajikan kaum pekerja dan kesatuan kerana sikap Maybank yang penubuhan kesatuan dalaman yang telah direstui oleh Kementerian Sumber Manusia amat mengecewakan MTUC.

Oleh yang demikian MTUC menyeru agar Perdana Menteri Dato’ Seri Najib sendiri untuk campurtangan dalam menangani segala permasalahan kaum perkerja yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara. Mengikut Presiden MTUC, satu surat permohonan telah pun dihantar ke pejabat MTUC dan perakuan penerimaan telah disahkan oleh pejabat Perdana Menteri  pada 27hb Februari 2012.

Video oleh KS Tan