Ops potong air: Pengguna dinasihat bayar bil

Ops potong air: Pengguna dinasihat bayar bil

Kenyataan: SYABAS ingin menasihatkan para pengguna agar membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi bil tertunggak bagi bulan Oktober 2011 sedang dijalankan.

Syarikat Bekalan Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin menasihatkan para pengguna agar membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi bil tertunggak bagi bulan Oktober 2011 sedang dijalankan di kawasan-kawasan seperti berikut:

1 Oktober – 15 Oktober 2011

Wilayah Kuala Lumpur :
Kampung Pandan; Desa Pandan; Desa Cochrane; Sri Angsana Hilir; Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Daganga; Taman Nirwana; Taman Maluri; Taman Cheras Indah; Taman Komersial/ Pandan Mewah; Taman Mawar/ Taman Kencana; Taman Mega/ Taman Muda; Taman Melor; Bukit Permai; Taman Putra; Taman Bukit Teratai; Taman Saga; Taman Seraya Taman Shamelin; Taman Miharja, Taman Rajawali; Taman Ikan Emas; Kampung Cheras Baru; Taman Tenaga; Desa Aman; Taman Bukit Pandan; Taman Mutiara; Taman Bahtera/ Taman Cheras; Taman Billion; Taman Raktyat; Taman Segar; Alam Jaya; Taman Sunway; Cheras Awana; Taman Mudun; Taman Mulia; Taman Bukit Hijau; Desa Bukit Cahaya; Alam Damai dan Cheras Utama

Wilayah Petaling:
SS 20, SS 21 Damansara Utama, SS 22 Damansara Jaya; Seksyen 51A Paya Jaras, SS 9 hingga SS 9A Seri Setia; PJU 10 Damansara Damai, PJU 5 Kota Damansara; SS 23, SS 24, SS 25, SS 26 Petaling Jaya; SS 1 hingga SS 8 Kelana Jaya; TTDI, Kampung Sungai Penchala, Kampung Bukit Lanjan; Seksyen 11 hingga seksyen 19 Petaling Jaya; U1, U2 Glenmarie TTDI Jaya, Batu 3 Taman Mesra Shah Alam; Kampung Baru Sungai Buloh; Bandar Baru Sungai Buloh, Bandar Rahman Putra; BU 1 – BU 12 Bandar Utama; Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak; Kampung Kubu Gajah; Kampung Melayu Subang, Subang Bukit Jalil, Bukit Serdang, Bandar Tasek Selatan; Pusat Bandar Puchong; Saujana Puchong; Lestari Perdana; Kota Perdana, Pinggiran Putra, Puchong Hartamas; USJ 1 – USJ 26, Tiara Square, Tasik Prima; SS 12 – SS 19 Puchong Utama, Desa Millenia; PJS 8 – PJS 11, Puchong Jaya, Puchong Intan, Puchong Indah; Bandar Kinrara 1 – Bandar Kinrara 9, Bandar
Putra Permai; Puchong Utama, Puchong Perdana, Puchong Permai; Seksyen 1 – Seksyen 52, Taman Kuchai Jaya, Taman Gembira, Taman Desa; PJS 1 – PJS 7, Petaling Utama, PJ State; Jalan Kelang Lama, Bandar Baru Seri Petaling, Desa Petaling; Bandar Sunway, K.E. Park, Jalan Kuchai Lama, OUG dan Taman Tan Tew Lai, Taman Sri Manja.

Wilayah Gombak:
Jalan Gombak Batu 3 – Batu 12; Taman Gombak; Taman Desa Minag; Taman Greenwood; Taman Berjaya; Taman Selaseh; Taman Gombak Ria; Taman Melewar; Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan 2; Taman Bullion; Taman samudera; Taman Seri Gombak; Pinggiran Batu Caves; Taman Industri Bolton; Taman Bukit Permata; Taman Niaga Batu Caves; Taman Sunway; Taman Gemilang; Taman Desa Batu Caves; Taman sri Batu Caves; Kawasan Perusahaan Sri Gombak; Kawasan Perusahaan Batu Caves; Taman Batu Muda; Kampung Batu Muda; Taman Perindustrian IKS; Taman Amaniah; Taman Batu Caves; Taman Selayang; Taman Bukit Idaman; Taman Bidara; Taman Selayang Jaya; Taman Selayang Utama; TamaSelayag Permai; Kampung Selayang Pandang; Taman Prima Selayang; Taman Intan Baiduri; Jinjang Utara; Jinjang Selatan; Taman jinjang Baru; Taman Beringin; Taman Sri Segambut; Taman Fadason; Taman Cuepecs; Taman Emas; Taman Megah; Taman Pusat Kepong; Taman Kepong; FRIM Kepong; Taman Daya; Taman Indah Perdana; Taman Kepong Indah; Taman Desa Jaya; Taman Ehsan; Taman Puncak Desa; Taman Usaha Jaya; Desa Aman Puri; Taman Perindustrian Ehsan Jaya; Taman Sri Edaran Light;Kepong Enterprenuers Park; Taman Usahawan; Permata Magna; Taman Prima Kepong; Kepong Baru; Taman Petaling; Taman Bukit Maluri; Laman Rimbunan Kepong; Siar Raya (jinjang Utara & Jinjang Selatan) Bandar Manjalara; Desa Sri Mahkota; Medan Putra Business Centre; Desa Park City; Taman Sunway Damansara; Bandar Sri Damansara dan Taman Wangsa Permai

Wilayah Klang/Shah Alam:
Kampung Sungai Udang; Teluk Pulai; Kampung Delek; Telok Gadong; Kampung Telok Gong; Bandar Sultan Sulaiman; Pandamaran; Pulau Indah; Jalan Kastam; Jalan Kem; Persiaran Raja Muda Musa; Bukit tinggi dan Telok Gadong.

Wilayah Sabak Bernam:
Jalan Bagan Terap, Kampung Sapintas; Jalan Sungai Lias hingga ke Pekan Sabak Bernam; Taman-taman & Kawasan Perkampungan berhampiran pekan Sabak Bernam; Teluk Pulai, Kampung Baru; Batu 35 hingga batu 39 sabak Bernam; Seluruh Kawasan Sekendi hingga ke Teluk RHU; BNO, Sungai Air Tawar & Parit Baru; Taman-taman di sekitar Sungai Besar;
Parit 1, Timur Barat, Gambut sehingga ke Parit 11, Timur, Barat & Gambut; Parit 13 sehingga ke Kampung Belia 1 & 2 termasuk Kampung Merbau Berdarah; Sungai Limau, Sungai Haji Dorani, Sungai Nibung; Parit 10 sehingga ke Parit 6, Sungai Leman; Taman-taman di seluruh Pekan Sekinchan; Site A, B, C dan Bagan Sekinchan

Wilayah Hulu Selangor:

Kuang; Kundang; Tasik Puteri; Country Homes; Seluruh Kawasan Rawang; Sungai Choh; Sungai Buaya; Bukit Beruntung; Bukit Sentosa; Serendah; Batang Kali; Rasa; Seluruh Kawasan Kuala Kubu Bharu; Kerling; Kalumpang; Hulu Bernam; Sungai Dusun; Sungai Tengi;
Gedangsa dan Soeharto.

Wilayah Hulu Langat:
Desa Mewah; Sunway Semenyih; Taman Sri Tanjong; Taman Sri Haneco; Taman Industri Villaraya; Kampung Sungai Lalang; Taman Paling Jaya; Taman Tasik Semenyih; Semenyih Sentral; Taman Semenyih Indah; Taman Semenyih Jaya; Bandar Rincing; Bandar Tasik Kesuma; Taman Pelangi Semenyih; Pekan Beranang; Kampung Rincing; Jalan Bangi Batu 1
hingga Batu 5; Kampung Bangi; Bandar Sri Putra ddan Bandar Bukit Mahkota.

Tindakan

Tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak. Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM25 dan caj penyambungan semula sebanyak RM25 sebelum penyambungan semula dibuat. Caj-caj yang dikenakan tersebut bukanlah merupakan suatu denda atau penalti. Caj-caj ini adalah caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh SYABAS kepada pengguna seperti yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih digunapakai sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Para pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke laman web twitter dan facebook SYABAS.