Keadaan Jalan Kalabakan – Sapulut menyedihkan

KOTA KINABALU – Keadaan jalan Kalabakan ke Sepulut amat menyedihkan walaupun ratusan juta telah digunakan untuk memperbaikinya.

Hampir tiga tahun yang lepas, berita mengenai keadaan jalan Kalabakan – Sapulut menjadi hangat di seluruh negara.

Sekumpulan pelancong asing dari negara Brunei yang terpaksa berpatah balik apabila bas yang mereka naiki menuju ke Tawau telah tidak dapat melalui jalan becak dan berlumpur di suatu bahagian jalan tersebut.

Yang lebih memalukan lagi ialah, mereka terpaksa berpatah balik setelah lebih daripada separuh jarak 145km jalan tersebut telah dilalui.

Ekoran daripada itu, lebih kurang satu setengah tahun yang lalu, kerja-kerja menurap semula Jalan Kalabakan – Sapulut telah dilakukan sebagai reaksi kepada kejadian yang memalukan itu.

Dua minggu lepas, Ahli Parlimen Kota Kinabalu,  Hiew King Cheu telah melakukan lawatan khas di sepanjang jalan tersebut untuk meninjau perkembangan terbaru.

Hasil daripada lawatan itu beliau berkata, keadaan jalan tersebut tidak menunjukkan perkembangan yang baik walaupun telah banyak wang dibelanjakan.

Dia berkata, “Kerja-kerja adalah dalam progres dan bahagian tertentu jalan tersebut sedang dilapis, disamping kerja-kerja penurapan.”

Walaubagaimanapun dia berkata, progres adalah lambat dan masih terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan.

Antara perkara-perkara yang disedari Hiew ialah, bahu jalan masih belum dibina, pinggir jalan yang baru diturap ( tanpa bahu jalan) adalah setinggi dua kaki dan lain-lain.

Hiew menunjukkan tepi jalan setinggi dua kaki dan tidak mempunyai bahu jalan.

“Permukaan jalan yang baru ini membahayakan pengguna jalan raya.

“Sekiranya pemandu tidak berhati-hati, dia akan jatuh dengan mudah.

“Tepi jalan ini juga akan dirosakkan oleh lori.”

“Konsultan kejuruteraan, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor harus memberikan perhatian khas untuk membetulkan keadaan bahu jalan tersebut,” katanya lagi.

Beliau juga berasa hairan akan kenapa lebuhraya itu berkeadaan sempit.

Hiew difahamkan bahawa, jumlah kontrak untuk kerja-kerja penurapan semula ini adalah berjumlah RM267 juta dan kelulusan sebanyak RM250 juta telah diberi oleh parlimen.

Namun, sub-kontraktor hanya diberi sebanyak RM120 juta untuk melakukan kerja-kerja tersebut, dakwa Hiew.

“Sekiranya ini benar, apakah yang telah terjadi pada wang itu?

“Adakah ini menunjukkan ia telah diambil oleh ‘Seseorang yang berkuasa.?’

“Kontraktor yang malang tersebut harus mencari rezeki dan berhempas pulas menyiapkan kerja.”

“Kontraktor sebelum ini tidak melakukan kerja yang baik, dan oleh itu, kontrak kedua dikeluarkan untuk melakukan kerja-kerja menaiktaraf dan pembaikan permukaan jalan.

“Adakah kita pasti kali ini kita akan mendapat jalanraya yang baik?” Soal Hiew dengan nada keras.

Jalan Kalabakan – Sapulut merupakan jalan altenatif untuk sampai ke Tawau daripada Kota Kinabalu dan ianya memakan masa yang lebih singkat.

Ketika ini, jalan ini banyak digunakan oleh lori-lori  untuk memindahkan kayu-kayu balak dari hutan berdekatan  Kalabakan atau Keningau.

Pada tahun lepas Citizen Journalist Malaysia (CJMY) telah melalui jalan ini sebanyak tiga kali dan mendapati keadaan jalan ini amat menducitakan dan tidak setimpal dengan tarafnya sebagai lebuhraya.

Gambar menunjukkan sebahagian jalan yang rosak dan berlumpur. Walaupun ianya telah dibaiki namun dikhuatiri akan rosak semula. Gambar ehsan Heryadi.

Ia dipenuhi dengan lobang-lobang dan air mudah bertakung serta berlumpur ketika hujan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, CJMY baru-baru ini berkesempatan menemuramah beberapa orang yang telah melalui jalan tersebut pada tiga minggu lepas.

Bonnie Mos, berasal dari Penampang dan kini bekerja di Tawau berkata, beliau dan dua rakannya yang lain menyesal melalui jalan tersebut kerana keadaannya tidak sebaik yang disangka.

“Ia hanya indah khabar dari rupa.

“Sepanjang jalan dipenuhi dengan lubang.

“Sebelum ini, ada orang yang memberitahu bahawa jalan ini hanya tinggal 10km saja lagi untuk diturap.

Oleh itu kami ingin mencubanya,” kata Bonnie yang ketika itu menuju ke Tawau.

Tetapi, apabila mereka mengira jarak jalan yang belum berturap, mereka mendapati ianya adalah sejauh 98km.

Seorang lagi, Masdar Mahmud telah menghubungi CJMY apabila mendengar khabar kononnya jalan tersebut hanya tinggal 10km untuk diturap.

Beliau menafikan berita tersebut kerana baru sahaja melaluinya tiga minggu lepas.

“ Jumlah jarak jalan yang sudah diturap adalah lebih kurang 40 km lebih.” katanya yang sering menggunakan jalan itu untuk ke Tawau.

Kelihatan lori balak sedang melalui jalan ini.

Gary Louis Supi