Pencarum KWSP boleh melabur dalam amanah saham 1Malaysia

Pencarum KWSP boleh melabur dalam amanah saham 1Malaysia

Mulai 25 Julai, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan
masing-masing di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

Mulai 25 Julai, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan
masing-masing di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

AS 1Malaysia, iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB), kini disenaraikan sebagai Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Dalam satu kenyataan hari ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata jumlah pengeluaran itu bergantung kepada mengekalan simpanan paras minimum oleh para pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur masing-masing oleh KWSP.

Katanya tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani oleh para pelabur.

See also  Rockwills and Dignity partner to advance financial literacy

AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi Bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Peruntukan yang direzabkan bagi masyarakat Cina telah dilanggani sepenuhnya.

AS 1Malaysia adalah dana saham amanah keenam yang diuruskan oleh ASNB yang disenaraikan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP selepas Amanah Saham Wawasan 2020; Amanah Saham Didik; Amanah Saham Gemilang; Amanah Saham Nasional 2; dan Amanah Saham Nasional 3 Imbang.

– Bernama