Tahap kesopanan belia mengecewakan, Rais

Tahap kesopanan belia mengecewakan, Rais

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap tahap kesopanan dan nilai budaya yang semakin menurun dalam kalangan generasi muda.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap tahap kesopanan dan nilai budaya yang semakin menurun dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata tahap kesopanan itu boleh diukur daripada sikap anak-anak muda masa kini yang sukar mengucapkan terima kasih setelah diberi bantuan.

“Kita agihkan beribu-ribu netbook 1Malaysia kepada anak-anak kita di sekolah, mereka ambil (tapi) tengok pun tidak muka orang yang bagi, jauh lagi berkata terima kasih,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) 2010 di Istana Budaya, hari ini.

Seramai 811 penjawat awam dari 18 agensi dan jabatan di bawah KPKK menerima anugerah cemerlang itu.

See also  MPH Bookstores returns to Alamanda Shopping Centre

Rais berkata beliau melihat masyarakat luar negara adalah lebih sopanĀ  berbanding masyarakat Malaysia.

Justeru, beliau berharap Kempen Adab dan Sopan, yang dilancarkannya pada awal bulan ini, dapat mengubah sikap masyarakat Malaysia secara keseluruhannya untuk menjadi masyarakat beradab selaras dengan matlamat Gagasan 1Malaysia.

“Ini akan kita terapkan menerusi sekolah-sekolah dan semasa kita menganjurkan majlis-majlis supaya perasaan terima kasih dan penghargaan itu ditanam dan diamalkan bersama.

“Mari kita hidupkan kembali budaya lama kita yang menghargai pemberian kita, yang memberi salam yang menyatakan Selamat Pagi, yang suka senyum, dan seterusnya menyerlahkan sikap positif antara kita,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’ untuk perkara yang bermanfaat.

See also  APU rises to Top 4 in ASEAN Private University Rankings

“Buat apa kita guna kedua-dua ini untuk menjahanamkan bangsa, elok kita guna perkara ini bagi tujuan murni.

“Meningkatkan keistimewaan perjuangan, memberi perniagaan lebih luas kepada orang kita, meninggikan kecemerlangan kita dan budaya 1Malaysia,” katanya.

– Bernama