Majlis sambutan Hari Buruh MTUC

SUBANG JAYA – Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, pengumuman gaji minima RM900 tidak seharusnya disalah amalkan oleh majikan walaupun kadar tersebut masih dipertikaikan, namum diharapkan ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

President MTUC, Mohd Khalid Atan, merasmikan majlis sambutan Hari Buruh

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah meraikan majlis sambutan Hari Pekerja di perkarangan tempat letak kereta bangunan MTUC yang dihadiri oleh 500 ahli kesatuan sekerja yang mewakili pelbagai sektor yang dirasmikan oleh presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.

Turut bersama dalam majlis, termasuk setiausaha agung MTUC, Abdul Halim Mansor, wakil CUEPACS, Loke Ping Hoo, wakil UNI- Mohd Shafie BP Mammal, wakil IMF-P. Arunasalam serta timbalan-timbalan presiden yang mewakili semua sektor kesatuan sekerja.

Khalid, dalam perutusannya berkata, pelbagai isu perlu ditangani oleh pekerja dalam mengharungi era globalisai, umpamanya isu umur persaraan 60 tahun, kontraktor pengambilan pekerja, ganjaran pengangguran dan sebagainya.

Khalid menegaskan bahawa pekerja-pekerja sektor swasta juga layak untuk terima elaun sara hidup sebanyak RM300 seperti pekerja sektor awam disamping mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Manakala perutusan presiden CUEPACS telah dibacakan oleh naib presiden MTUC, Zainal bin Ismail, antara lain menegaskan bahawa rundingan dan permuafakatan secara damai dalam  perbincangan amat penting bagi mencapai kejayaan serta misi yang diinginkan disamping menyeru semua pihak saling menghormati diantara satu sama lain tidak kira pemimpin atau ahli.

Zainal Ismail, membacakan perutusan dari presiden CUEPACS

Setiausaha agung MTUC, Abdul Halim Mansor, berkata, hari buruh telah mulai diktiraf sejak tahun 1973 di Malaysia dan diraikan bersama oleh semua pekerja seharusnya mengenang jasa mereka yang telah berbakti untuk pembangunan ekonomi negara.

Malah ramai yang telah mengharungi suka dan duka menghadapi cabaran untuk menuntut hak pekerja, tambah beliau yang juga menegaskan tema tahun ini, ‘Pekerja  Teras Transformasi Negara’ adalah amat bersesuian dan tepat pada masa.

Abdul Halim Mansor, Setiausaha Agung MTUC

Mohd Jaafar Majid selaku pengerusi jawatankuasa Hari Buruh 2012, berkata, beliau berasa bangga kerana ramai pekerja telah berhimpun pada hari ini dan mengharapkan hak-hak pekerja di negara kita dihormati oleh semua pihak menjaga kepentingan bersama.

Mohd Jaafar Majid, pengerusi sambutan Hari Buruh MTUC

Selain ucapan yang disampaikan, majlis sambutan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan termasuk, bacaan ikrar, senamrobik, pelancaran (pelepasan belon-simbolik), persembahan tarian dan nyanyian oleh belia dan wanita MTUC, cabutan bertuah, pertandingan kain rentang serta persembahan kontingen terbaik.

 

 

Rajeswari