Semalam, program jelajah Merdeka Rakyat di Johor Darul Takzim telah berlangsung di Jalan Betik 1 , Kota Masai berhadapan dengan Pejabat Keadilan Pasir Gudang. Program siri jelajah Merdeka Rakyat ini antara siri-siri program yang telah diadakan di Perak dan Selangor sebelum ini.
Program yang diberi nama Pidato Perdana bersama Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat cuba mengupas isu senario politik negara dan juga tentang bagaimana himpunan Bersih 3.0 yang sepatutnya berlaku secara aman telah dinodai dengan elemen elemen ganas dek kerana provokasi pihak polis dan anasir anasir jahat yang ingin mengekalkan rejim kuasa pemerintah korup dan tidak amanah.
28 April menjadi bukti bahawa gelombang kesedaran dan manisfestasi rakyat dari segenap lapisan masyrakat tidak kira bangsa dan agama bangkit menyuarakan perubahan demi masa depan Malaysia. Walaubagaimana pun kesedaran ini mendapat tohmahan dan cercaan dari pelbagai pihak terutamanya dari parti pemerintah.
CJMY berkesempatan menemuramah (telefon) Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri Johor , saudara Mohammad Nazri Ismail, menurut beliau ceramah semalam dihadiri lebih kurang 8000 rakyat dari segenap lapisan masyarakat di negeri Johor untuk mendengar mesej yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun tempat berlangsungnya ceramah itu boleh dikatakan kubu kuat UMNO dan juga kawasan Parlimen Datuk Khaled Nordin, itu tidak menghalang rakyat di negeri ini datang mendengar amanat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun kawasan berdekatan, terdapat satu lagi ceramah anjuran UMNO, kebanyakan mereka yang hadir hanya datang untuk makan dan minum. Hanya segelintir saja yang duduk dan mendengar ceramah mereka, ujar Nazri apabila ditanya tentang bagaimana respon orang ramai terhadap ceramah anjuran UMNO yang kebetulan diadakan pada hari dan waktu yang sama di kawasan berdekatan.
Apabila ditanya tentang insiden-insiden yang tidak diingini berlaku, Nazri memberitahu bahawa ahli UMNO cuba membuat provokasi mengganggu majlis tersebut tetapi apabila melihatkan ramai yang hadir di situ mereka berundur dan tidak jadi mengganggu majlis tersebut.
Majlis yang boleh dikatakan berjaya semalam telah dihadiri oleh beberapa nama yang tidak asing lagi dalam arena politik negara seperti Chegu Bard Sekretariat Jelajah Merdeka Rakyat, Adun Skudai ,Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi Keadilan Johor , Chua Jui Meng dan Juga Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Haji Mahfodz Mohammad. Tidak ketinggalan juga Ahli Pahlimen Kubang Kerian yang hangat diperkatakan akan bertanding di negeri kelahirannya Johor pada pilihanraya umum yang ke 13 nanti iaitu saudara Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS.