PAS telah menyatakan kesediaanya untuk menyertai program “Occupy Balok-Gebeng 24 Jam” akan berlangsung di Pantai Balok bermula 12.30 tengahari pada Jun 23.
Perhimpunan ini yang akan diadakan bersebelahan De Rhu Resort ini akan disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Pusat Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Mohamad Omar dan Nasrudin Hassan Tantawi.
Jawatankuasa pengajur telah mengatur satu ceramah perdana di Markas PAS Kg Padang di jalan Sungai Lembing pada malam sebelumnya.
Ini akan diuruti dengan perarakan menuju ke Gebeng yang akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Menurut Zulkefly, keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini di dalam setiap program ekonomi mereka khususnya membelakangkan konsultansi rakyat sebelum meluluskan projek impak tinggi seperti Lynas ini.
Zulkefly juga membidas kenyataan kenyataan Pengerusi PSC Lynas iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa tidak ada penempatan penduduk sejauh 6 km dari lokasi kilang itu adalah pembohongan semata-mata dan bercanggah dengan laporan alam sekitar (PEIA) yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2008.