Hari bersama masyarakat Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Program Hari Bersama Masyarakat yang dianjurkan oleh DBKK di dewan masyarakat Menggatal dan dirasmikan oleh mayor DBKK Abidin Madingkir baru-baru ini.

Satu program yang dipanggil Hari Bersama Masyarakat yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya kota Kinabalu (DBKK) didewan masyarakat Menggatal dan dirasmikan oleh Mayor (DBKK) Abidin Bin Madingkir. Johnny Goh Chin Lok (Inanam) juga ada turut serta didalam program ini.

Dalam program ini, sudut pameran juga ada diadakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat betapa DBKK mengutamakan kebersihan bandar, sekolah- sekolah, pejabat dan lain-lain permis diseluruh kawasan Kota Kinabalu.

Dalam program ini juga pihak DBKK memperkenalkan Kempen Pengurangan penggunaan beg plastik.

Kempen ini bermula dari hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional dalam kehidupan seharian melalui konsep 3R (reduce, reuse,recycle).

See also  Bacfree sets new ESG standard in sustainable water solutions

Pihak DBKK juga memperkenalkan Anti kutu sampah..dimana kempen ini memfokuskan kepada kutu sampah dan bukan nya sampah semata-mata.

Ini kerana sampah tidak bersalah sebenarnya, yang bersalah adalah orang yang membuang sampah merata-rata tempat dan orang inilah yang dipanggil kutu sampah.

Perbuatan membuang sampah ini adalah satu perbuatan yang kurang baik dan para pelaku boleh didenda  oleh pihak berkuasa sebanyak RM500.00.

Oleh sebab itu pihak DBKK meminta kerja sama kepada masyarakat agar mengujudkan satu sikap bertanggung jawab agar membuang sampah ditempat yang sepatutnya dan menghindarkan diri daripada menjadi kutu sampah.

Rita Benjamin