Tatkala sambutan Tahun Baru Cina, penduduk Merlimau dikejutkan apabila papan iklan kempen Haji Yuhaizad Abdullah telah ditumbangkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Papan iklan yang bersaiz 16’x 10’ itu terletak di atas tanah persendirian di Kampung Kilang Berapi, Merlimau.
Papan iklan itu hanya memaparkan “Tawaran Pakatan Rakyat” dan tiada unsur provokasi kepada mana-mana pihak.
Namun, tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup untuk melakukan sabotaj dengan bertindak menumbangkan papan kempen tersebut.
Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Yuhaizad Abdullah, menyatakan kebimbangan beliau kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kes keganasan ke atas penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat berlaku.
Berikutan ini, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Merlimau dan Haji Yuhaizad berharap pihak polis bertindak profesional dengan menyiasat dan mendakwa pihak-pihak yang cuba mencetuskan keganasan dan huru-hara di Merlimau.