Stylo vs Skema

Stylo vs Skema

6 November 2010 – Kelab Belia Aktif Dan Berfaedah (KAFF) telah menganjurkan satu program untuk golongan belia yang diberi nama Daerah Tanpa Tie yang berlangsung di belakang bangunan Kluang Parade, Kluang, Johor.

Program yang bermula jam 3 petang dan berakhir hingga tengah malam ini dipenuhi dengan berbagai aktiviti seperti pameran Vespa, klinik baju rakyat, persembahan muzik oleh anak tempatan dan juga Nik bin Jidan, pertunjukan permainan papan luncur, pameran grafiti dan tayangan filem Gadoh serta berbagai lagi aktivti anak muda yang diketengahkan dalam program ini.

Slot sembang tepi bersama Hishamuddin Rais yang dihoskan oleh Nur Fazleena Hishamuddin bermula jam 8:30 malam membincangkan tajuk Skema vs Stylo.

See also  2nd Lt. Chan Ming Youn: From accountant to commando

Walaupun hujan, program ini berjaya menarik lebih 300 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Video by Amirull Salihing dan Azizan Yunos, Citizen Journalist

Amirull Salihing