May 16 by Rajeswari

Guru penjana generasi idaman, guru penyayang, guru disayangi

SELANGOR - Sempena Hari Guru 2012 yang disambut setiap tahun pada 16 Mei, Menteri Besar Selangor, Dato Abdul Khalid bin Ibrahim dalam perutusannya kepada semua warga pendidik di Negeri Selangor memperjelaskan bahawa dalam konteks bernegara, sistem pendidikan memainkan peranan amat penting untuk menjana pembangunan Negara dan bidang pendidikan sering diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri.