Pembinaan Masjid Bergosong di Pulau Sebatik, Tawau belum lagi bermula

Pembinaan Masjid Bergosong di Pulau Sebatik, Tawau belum lagi bermula

Masjid lama di Pulau Sebatik telah diroboh dan pembinaan masjid baru belum lagi bermula. Penduduk kampung terpaksa menjalankan ibadah mereka di balai raya. Menurut Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh, penduduk merasakan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab dalam pembinaan masjid tersebut.

Rakyat akan bangun menentang kerajaan pada pilihanraya umum akan datang sekiranya pembangunan prasarana rakyat diabaikan.

Salah satu daripada prasarana yang dimaksudkan ialah pembangunan Masjid Bergosong di Pulau Sebatik, Tawau.

“Masjid lama telah diroboh tetapi masjid baru belum ada tanda-tanda untuk dibina. Penduduk kampung marah kepada saya, mereka memberitahu kerajaan tidak bertanggungjawab dalam pembinaan masjid tersebut,” kata beliau.

Kelewatan perlaksanaan projek tersebut bukan satu-satunya perkara yang menjadi isu, tetapi juga harga kos pembinaan masjid tersebut yang menurut Ghapur, tidak masuk akal.

Harga masjid sebanyak RM 1.085 juta adalah tidak berpatutan kerana masjid tersebut hanya dibina  di sebuah pulau, katanya lagi.

Atas sebab itu juga, Ghapur menggesa dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara tersebut.

“Saya minta SPRM menyiasat perkara tersebut, dan adalah tidak masuk akal apabila harga adalah RM1.085 juta. Masjid lama telah diroboh pada bulan Disember tahun lepas, tetapi penduduk di situ terpaksa menggunakan balai raya untuk menjalankan ibadah,” tegas Ghapur yang juga Ketua UMNO bahagian Kalabakan.

 

Gary Louis Supi