Aktiviti pelacuran bermaharajalela di Jalan Pasar Pudu

Aktiviti pelacuran bermaharajalela di Jalan Pasar Pudu

Sebuah pusat komersial di jalan pasar Pudu dikesan menjalankan aktiviti pelacuran dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada masyarakat setempat.

Sebuah pusat komersial di jalan pasar Pudu dikesan menjalankan aktiviti pelacuran dengan menawarkan perkhidmatan seks kepada masyarakat setempat.

Kebanyakan wanita warga China diberi gelaran `gadis kuaci` oleh pelanggan di situ dilihat berusia belasan tahun sehingga lewat 30an.

Tinjauan Komunitikini pada malam Rabu lalu mendapati  lebih 15 orang wanita warga China menjalankan aktiviti menawarkan perkhidmatan seks sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Rata-rata pelanggan mengunjungi akan duduk di meja memesan air minuman dan makanan sambil `cuci mata` melihat gadis kuaci menghampiri mereka menawarkan perkhidmatan seks.

Ketika dihampiri gadis tersebut, kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan hanya tahu menyebut perkataan sayang (‘hubby) , seks dan urut (massage).

See also  Claire Organics hosts inspiring Kindness Summit 2.0

Harga perkhidmatan seks yang ditawarkan RM100 hingga RM50 berdasarkan rundingan bersama gadis tersebut.

Sekiranya pelanggan bersetuju dengan harga ditawarkan, mereka akan mengikuti gadis itu turun ke tingkat bawah dan menaiki lif ke apartmen bersebelahan untuk melempiaskan nafsu.

Komunitikini difahamkan,  sebanyak 5,792 warga China ditahan sepanjang tahun lalu kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial yang sebahagian besarnya bagi tujuan pelacuran.

Sehubungan itu, diharap pihak berwajib dapat memantau dan mengadakan serbuan ke atas pusat komersial tersebut.