Pendidikan asas pembangunan negara

Pendidikan asas pembangunan negara

Kerajaan sentiasa mengutamakan pendidikan dan ia merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa yang ada di negara ini.

Kerajaan sentiasa mengutamakan pendidikan dan ia merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa yang ada di negara ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Raja, Ir Kamaruzzaman Johari berkata perkara itu menjadi perhatian kerana pendidikan merupakan perkara asas dalam pembangunan sesebuah negara.

Menurutnya,usaha berterusan itu juga adalah untuk memastikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi berpendidikan mampu merealisasikan agenda negara terutama dalam menghadapi persekitaran global kini.

”Kita merakamkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan yang telah memberi sumbangan dalam pembinaan sekolah yang bakal menjadi pusat kecemerlangan khususnya di kalangan anak-anak di sini.

”Selain daripada itu, kewujudan sekolah ini juga akan mengetengahkan potensi mereka (anak-anak) selain membentuk masyarakat yang berilmu”katanya.

See also  Volunteers unite for largest Earth Day cleanup in Penang

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tun Tan Siew Sin, Putra Heights oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong di sini.

Pada majlis itu, Kementerian Pelajaran menyumbangkan RM 6 juta pada projek yang dijangka dibina awal Jun selepas menerima kelulusan pelan pembangunan daripada pihak berkenaan.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pembinaan Sekolah Lim Kim Hwi, Penyelaras Parlimen Kota Raja R.S Maniam dan penduduk setempat yang lain.

Kamaruzzaman berkata pembinaan sekolah itu juga adalah selaras dengan keutamaan pendidikan dan sokongan masyarakat Cina dengan kepimpinan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak yang kian mendapat tempat di hati setiap rakyat negara ini.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics