Sistem tenaga hibrid untuk sekolah luar bandar in Sarawak

Sistem tenaga hibrid untuk sekolah luar bandar in Sarawak

Green Electric kini menunggu lampu hijau daripada Kementerian Pelajaran untuk memasang GenSet Hybrid System di 440 sekolah luar bandar di Sarawak.

Image by msuvaydas

Green Electric Sdn Bhd (GESB) kini menunggu lampu hijau daripada Kementerian Pelajaran (MOE) untuk memasang GenSet Hybrid System di 440 sekolah luar bandar di Sarawak yang kini menggunakan generator diesel untuk bekalan elektrik.

Sistem itu yang dibangunkan bersama oleh GESB, Jabatan Kerja Raya (JKR), Universiti Malaysia Sarawak dan ETI Tech (M) Sdn Bhd, menawarkan bekalan tenaga yang konsisten dengan densiti tenaga tinggi bateri lithium, yang cepat mengecas.

“Menerusi GenSet Hybrid System, sekolah terpencil boleh mengurangkan masa penggunaan generator diesel yang sekaligus mengurangkan penggunaan diesel,” kata pengarah GESB Kirby Lee, pada sidang media.

“Berdasarkan data ujian yang dikumpul, JKR menyediakan laporan ujian akhir pada awal Mac lepas yang memuktamadkan ujian projek perintis sekolah di Kapit, Sarawak. Penjimatan kos operasi didapati sehingga 60 peratus dan melanjutkan masa memperoleh bekalan elektrik daripada 14.5 jam kepada 24 jam,” katanya.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Menerusi sistem itu, sebuah sekolah boleh menjimatkan lebih daripada RM350,000 setahun, atau RM150 juta setahun bagi keseluruhan 440 sekolah yang disasarkan.

“Laporan projek perintis itu sudah dihantar kepada MOE untuk dipertimbang sama ada mereka mahu menggunakan teknologi itu,” kata Lee.

GESB juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan teknologi itu ke Thailand, Kemboja, Filipina dan Indonesia menjelang 2014 memandangkan negara-negara terbabit turut menghadapi masalah yang sama di kawasan luar bandar katanya.

Sementara itu, menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kerajaan merancang membekalkan elektrik 24 jam kepada lebih 140,000 isi rumah menjelang 2012.

– Bernama